Cerita: kedudukan dan peranannya dalam Kkarya kreatif penulis wanita sebelum merdeka

Makalah ini merungkai novelet Jiwa Kebangsaan untuk menyerlahkan sama ada prioriti penstrukturan novelet tersebut ialah membikin-cerita atau membina-wacana, di samping mengenal pasti elemen naratif penceritaan yang diguna pakai. Untuk tujuan tersebut, makalah memanfaatkan kerangka analisis tempat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ungku Maimunah Mohd. Tahir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2332/
http://journalarticle.ukm.my/2332/
http://journalarticle.ukm.my/2332/1/page1_21.pdf
Description
Summary:Makalah ini merungkai novelet Jiwa Kebangsaan untuk menyerlahkan sama ada prioriti penstrukturan novelet tersebut ialah membikin-cerita atau membina-wacana, di samping mengenal pasti elemen naratif penceritaan yang diguna pakai. Untuk tujuan tersebut, makalah memanfaatkan kerangka analisis tempatan iaitu Persuratan Baru, secara khusus konsepnya yang membezakan antara ilmu dan cerita. Perbezaan ini dapat dikesan melalui pelbagai cara, antara yang terpenting ialah penggunaan wacana, iaitu hujah-hujah berenas dan ilmiah yang baginya disediakan ruang naratif yang secukupnya dalam kisah yang dilakarkan. Sebaliknya, cerita, menurut gagasan ini, berlegar dan beroperasi pada matlamat pengisahan dan mengisi ruang naratifnya dengan elemen-elemen penceritaan. Analisis menunjukkan bagaimana teks telah memanfaatkan elemen penceritaan khususnya watak, perwatakan dan komplikasi untuk memajukan cerita ke hadapan; sejajar itu ruang naratifnya ditutup kepada isian bersifat wacana dan ilmu, walaupun peluang untuk memanfaatkan pengisisan ilmu itu ada. Analisis teks jelas menunjukkan Jiwa Kebangsaan dikuasai oleh cerita, dan cerita pula disamaertikan dengan permasalahan, persoalan, tema, isu dan lain-lain, yang kesemuanya pula ditakrifkan sebagai ilmu. Dengan tidak membezakan antara ilmu dan cerita, novelet mengandaikan apabila cerita telah terbangun, maka tugas menyampaikan ilmu sudah terlaksana. Cerita itu sendiri lantas dianggap sebagai ilmu dan diperagakan sedemikian. Analisis jelas menunjukkan dakwaan ini tertolak.