Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
Grafologi bahasa Arab (BA) adalah unik kerana ciri keanjalan setiap huruf yang terdapat padanya. Setiap huruf BA perlu berubah pola penulisannya ketika berada di pangkal kata, di pertengahan kata dan di hujung kata. Penguasaan grafologi ini sudah tentu memerlukan tempoh masa dalam proses pengajar...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2327/ http://journalarticle.ukm.my/2327/ http://journalarticle.ukm.my/2327/1/page1_21.pdf |
Summary: | Grafologi bahasa Arab (BA) adalah unik kerana ciri keanjalan setiap huruf yang terdapat
padanya. Setiap huruf BA perlu berubah pola penulisannya ketika berada di pangkal kata,
di pertengahan kata dan di hujung kata. Penguasaan grafologi ini sudah tentu
memerlukan tempoh masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran BA bagi pelajar
yang tidak menguasainya dengan baik. Kaedah transliterasi sebagai terjemahan unit
grafologi BA kepada grafologi Latin dipercayai boleh digunakan untuk mengurangkan
tempoh masa tersebut. Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran BA
belum diuji secara empirikal terhadap pelajar Melayu. Oleh itu, kajian awal ini dilakukan
untuk memenuhi dua tujuan; pertama, mendapatkan pandangan pengajar bahasa Arab
terhadap kaedah transliterasi dan kedua, sejauh manakah penggunaannya oleh pelajarpelajar
BA sebagai salah satu strategi pembelajaran. Kajian ini menggunakan data-data
yang dikutip menerusi dua instrumen iaitu soal selidik dan temubual. Subjek kajian yang
terlibat dalam kajian ini ialah 334 pelajar UiTM untuk mengisi solaselidik sementara 10
orang pensyarah BA dari beberapa institusi pengajian tinggi di Terengganu dan Kelantan
serta 10 orang lagi pelajar UiTM dipilih untuk ditemubual. Dapatan kajian dianalisis
menggunakan dua pendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati
terdapat pensyarah yang menyokong penggunaan kaedah transliterasi dan ada yang
menolaknya dengan hujah masing-masing. Bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang
terlibat dengan kajian menunjukkan sikap positif terhadap penggunaan kaedah ini. |
---|