Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran (control of learning beliefs) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dalam konteks kemahiran lisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2313/
http://journalarticle.ukm.my/2313/
http://journalarticle.ukm.my/2313/1/4_AJTLHE_64-GHAZALI_YUSRI.pdf
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran (control of learning beliefs) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dalam konteks kemahiran lisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan satu instrumen soal selidik yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Bagi data kuantitatif, seramai 297 orang sampel dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 21 siri temu bual bersama pelajar dan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab, aktiviti dan amalan pembelajaran yang boleh menggalakkan autonomi pelajar dapat digunakan secara intensif bagi membina tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar.