Wanita menuju ke era keusahawanan: memahami aktiviti jaringan usahanita
Kajian ini bertujuan untuk memahami gelagat jaringan atau rangkaian bagi usahawan lelaki dan wanita di Utara Semenanjung Malaysia. Di Kedah dan Perlis. Secara khususnya, kajian ini membandingkan jaringan peribadi bagi usahawan lelaki dan wanita di luar Bandar dari aspek saiz, intensiti, densiti dan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
1999
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1737/ http://journalarticle.ukm.my/1737/ http://journalarticle.ukm.my/1737/1/1366-2624-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memahami gelagat jaringan atau rangkaian bagi usahawan lelaki dan wanita di Utara Semenanjung Malaysia. Di Kedah dan Perlis. Secara khususnya, kajian ini membandingkan jaringan peribadi bagi usahawan lelaki dan wanita di luar Bandar dari aspek saiz, intensiti, densiti dan diversiti serta latar belakang usahawan yang terlibat. Berasaskan kepada sampel seramai 363 usahawan (227 lelaki dan 134 wanita), hasil kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi saiz, intensiti dan diversiti jaringan. Terdapat sedikit perbezaan daripada aspek latar belakang usahawan lelaki dan wanita. Umumnya, usahawan wanita masih baru dalam perniagaan. Bagaimanapun, kedua-dua usahawan lelaki dan wanita menggunakan sepenuhnya jaringan peribadi dan jaringan sosial untuk tujuan perniagaan mereka. Kajian ini menyimpulkan bahawa jaringan peribadi adalah penting bagi usahawan untuk membantu aktiviti perniagaan mereka |
---|