Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai faset

Kemahiran generik adalah sesuatu yang subjektif sifatnya. Oleh itu, pengukurannya boleh dibuat melalui rangkaian pembuktian seperti penilaian kendiri, rakan sebaya, guru atau pensyarah dan penggunaan portfolio. Kajian ini akan menghasilkan satu instrumen dengan menggunakan salah satu daripada aspe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Rahayah Ariffin, Jamil Ahmad, Nur' Ashiqin Najmuddin
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1471/
http://journalarticle.ukm.my/1471/
http://journalarticle.ukm.my/1471/1/Bab_9..pdf
Description
Summary:Kemahiran generik adalah sesuatu yang subjektif sifatnya. Oleh itu, pengukurannya boleh dibuat melalui rangkaian pembuktian seperti penilaian kendiri, rakan sebaya, guru atau pensyarah dan penggunaan portfolio. Kajian ini akan menghasilkan satu instrumen dengan menggunakan salah satu daripada aspek pengukuran tersebut, iaitu penilaian pensyarah. Instrumen ini mengandungi sembilan konstruk kemahiran, iaitu kemahiran kerja berpasukan,berkomunikasi, kepemimpinan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika, moral dan profesional, sosial dan pengurusan. Kajian ini menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbagai-Faset (Many-Facets Rasch Measurement) yang melibatkan tiga faset, iaitu pelajar,item dan pensyarah penilai serta dianalisis dengan menggunakan perisian Facets 3.64.0. Penilai terdiri daripada 17 orang pensyarah dan subjek yang dinilai ialah 194 orang pelajar tahun 1 ambilan 2008/2009 di sebuah institusi pengajian tinggi. Instrumen yang telah ditadbir menunjukkan kebolehpercayaan bagi kesemua sembilan konstruk tersebut berada di antara 0.95-0.96. Item-item juga disemak dari segi keserasian data dengan Model Pengukuran Rasch dengan melihat nilai outfit mean square dan infit mean square. Peratus persetujuan antara penilai adalah di antara 43.4% – 49.5% dan menunjukkan nilai yang melebihi daripada jangkaan Model Pengukuran Rasch. Konsistensi penilai dalam membuat penilaian juga dilihat melalui analisis fit. Berdasarkan dapatan awal yang diperoleh mendapati instrumen yang dibina sesuai untuk digunakan bagi mengukur kemahiran generik pelajar berasaskan perspektif pensyarah.