Kompetensi keusahawanan sebagai mediator kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG)
Transformasi pendidikan negara yang sangat dinamik memerlukan tuntutan kesediaan para pengajar untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Justeru kajian tinjauan ini bertujuan mengenal pasti tahap kompetensi keusahawanan yang terdapat dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) te...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14400/ http://journalarticle.ukm.my/14400/ http://journalarticle.ukm.my/14400/1/13.pdf |
Summary: | Transformasi pendidikan negara yang sangat dinamik memerlukan tuntutan kesediaan para pengajar untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Justeru kajian tinjauan ini bertujuan mengenal pasti tahap kompetensi keusahawanan yang terdapat dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) terhadap kesediaan penerapan elemen keusahawanan. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur peranan kompetensi keusahawanan sebagai mediator dalam hubungan antara sikap keusahawanan dalaman dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan pensyarah IPG. Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik yang dilaksanakan terhadap 220 orang responden yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Zon Timur. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan Amos. Keputusan analisis menunjukkan tahap kompetensi keusahawanan yang dikaji dalam kalangan pensyarah IPG adalah sederhana. Manakala analisis Structural Equation Modelling (SEM) menunjukkan bahawa kompetensi keusahawanan memberi kesan yang signifikan dan bertindak sebagai mediator separa (partial mediation) antara sikap keusahawanan dalaman pensyarah IPG dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan pensyarah IPG. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif bagaimana kompetensi keusahawanan yang terdapat dalam kalangan pensyarah IPG mampu menentukan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan mereka. |
---|