Kesan modul intervensi kaunseling berasaskan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian

Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan modul intervensi kaunseling berasaskan terapi bermain Adlerian (i-Capt) terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen. Inventori Five Factor Wellness-elementary version (5FWEL-E) telah digunakan unt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Linda Jamaludin, Ku Suhaila Ku Johari, Salleh Amat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14379/
http://journalarticle.ukm.my/14379/
http://journalarticle.ukm.my/14379/1/4.pdf
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan modul intervensi kaunseling berasaskan terapi bermain Adlerian (i-Capt) terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen. Inventori Five Factor Wellness-elementary version (5FWEL-E) telah digunakan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan kanak-kanak berdasarkan lima dimensi iaitu kendiri asas, kendiri sosial, kendiri kreatif, kendiri fizikal dan kendiri daya tindak. Soal selidik 5FWEL-E telah diedarkan kepada 83 orang kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun di institusi perlindungan kanak-kanak. Seramai 66 orang kanak-kanak mangsa pengabaian mempunyai skor min tahap kesejahteraan rendah dan sederhana telah dipilih untuk kajian eksperimen. Kanak-kanak ini, kemudiannya dibahagikan kepada 33 orang untuk kumpulan eksperimen yang menerima rawatan modul dan 33 orang kumpulan kawalan yang tidak menerima rawatan modul. Dapatan kajian mendapati kanak-kanak yang mengikuti rawatan modul menunjukkan tahap kesejahteraan meningkat berbanding kanak-kanak dari kumpulan kawalan. Implikasi dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada kaunselor-kaunselor di sekolah, institusi perlindungan dan komuniti menggunakan modul i-Capt untuk meningkatkan kesejahteraan kendiri kanak-kanak mangsa pengabaian. Dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisaikan pada seluruh populasi kanak-kanak mangsa pengabaian kerana bilangan sampel yang kecil dan hanya sesuai untuk kajian eksperimen. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah melaksanakan kajian kes bagi meneroka kehidupan sebenar kanak-kanak mangsa pengabaian.