Cabaran aplikasi modul terapi Filial dalam kalangan ibu bagi menangani isu tingkah laku kanak-kanak

Terapi Filial merupakan satu pendekatan melatih ibu bapa bermain secara terapeutik bersama anak mereka iaitu anak fokus. Tujuan kajian ini adalah meneroka cabaran peserta melaksanakan Terapi Filial sebagai intervensi kaunseling bagi menangani isu tingkah laku. Peserta kajian terdiri daripada lima or...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nadziroh Md Zubir, Ku Suhaila Ku Johari, Zuria Mahmud, Nor Hamizah Ab Razak, Sabihah Johan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14377/
http://journalarticle.ukm.my/14377/
http://journalarticle.ukm.my/14377/1/3.pdf
Description
Summary:Terapi Filial merupakan satu pendekatan melatih ibu bapa bermain secara terapeutik bersama anak mereka iaitu anak fokus. Tujuan kajian ini adalah meneroka cabaran peserta melaksanakan Terapi Filial sebagai intervensi kaunseling bagi menangani isu tingkah laku. Peserta kajian terdiri daripada lima orang ibu yang mempunyai anak bermasalah tingkah laku. Peserta dipilih berdasarkan tiga kritieria utama iaitu berminat menyertai dan menjalankan sesi bermain, fasih menulis serta bertutur dalam bahasa Melayu dan mempunyai anak mempunyai salah satu isu iaitu tingkah laku. Kajian ini menggunakan teknik snowball dalam pemilihan sampel. Dalam intervensi ini peserta menjalankan lima kali sesi bermain bersama anak fokus dengan menggunakan kemahiran asas Terapi Bermain Pemusatan Kanak-Kanak. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi memastikan triangulasi dicapai. Data dianalisis secara bertema menggunakan perisian N-vivo. Hasil dapatan kajian mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh peserta adalah kesukaran mengikuti peraturan sesi bermain, menetapkan masa bermain, menyediakan tempat bermain, peserta bosan dan budaya. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pembangunan profesion kaunseling iaitu kaunselor harus mengambil kira cabaran-cabaran tersebut sebagai garis panduan menggunakan Terapi Filial sebagai satu pendekatan. Garis panduan ini dapat membantu kaunselor mempraktiskan Terapi Filial dalam meneroka serta memudahkan ibu bapa bermain bersama anak dalam suasana terapeutik. Terapi Filial juga berupaya menjadi modaliti tambahan dalam perkhidmatan kaunseling kanak-kanak dan keluarga di Malaysia.