Prestasi pemangkin Pt/rGO menggunakan teknik susunan berlapis untuk elektrod lawan bagi sel suria terpeka pewarna
Filem nipis elektrod lawan platinum (Pt) dan grafin oksida terturun (rGO) dengan teknik susunan berlapis dihasilkan dengan menggunakan kaedah “doctor blade”. Lapisan pertama dengan perlekatan secara langsung pada substrat kaca yang bersalut timah oksida terdop fluorin (FTO) adalah filem nipis graf...
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14306/ http://journalarticle.ukm.my/14306/ http://journalarticle.ukm.my/14306/1/14.pdf |
Summary: | Filem nipis elektrod lawan platinum (Pt) dan grafin oksida terturun (rGO) dengan teknik susunan berlapis dihasilkan
dengan menggunakan kaedah “doctor blade”. Lapisan pertama dengan perlekatan secara langsung pada substrat kaca
yang bersalut timah oksida terdop fluorin (FTO) adalah filem nipis grafin dan lapisan kedua di atas lapisan grafin adalah
filem nipis Pt. Ujikaji dengan menggunakan pembelauan sinar-X (XRD) dan spektroskopi daya atom (AFM) masing-masing
telah dijalankan ke atas filem-filem nipis untuk menentukan pembentukan struktur hablur dan kekasaran permukaan filem
nipis. Saiz hablur ditentukan dari data XRD dan menunjukkan bahawa filem nipis Pt/rGO-10 mempunyai saiz hablur yang
bersesuaian untuk aktiviti pemangkin yang lebih baik. Bagi analisis kekasaran permukaan dari imej AFM, filem-filem
nipis Pt dan Pt/rGO mempamerkan permukaan yang lebih kasar berbanding filem nipis rGO. Filem-filem nipis tersebut
kemudiannya dianalisis menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) untuk memerhatikan perlekatan
filem nipis Pt dan rGO ke atas substrat kaca FTO dalam imej berskala nano. Aktiviti pemangkin setiap filem nipis diukur
menggunakan kitaran voltammetri (CV). Elektrod lawan Pt/rGO yang mengandungi 10μl cecair grafin oksida disimbolkan
sebagai Pt/rGO-10 mempunyai aktiviti pemangkin yang lebih tinggi berbanding Pt. Filem nipis Pt/rGO-10 mencatatkan
ketumpatan arus tertinggi pada -3.075 mA/cm-2 yang menunjukkan aktiviti pemangkin yang tertinggi pada elektrod lawan.
Maka, filem nipis elektrod lawan Pt/rGO dianggap setanding dengan bahan konvensional elektrod lawan iaitu Pt. Oleh itu,
elektrod lawan Pt/rGO-10 dijangka dapat meningkatkan prestasi sel suria terpeka pewarna. |
---|