Kepelbagaian jenis seramik di Tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah (ekskavasi Fasa 2)
Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah merupakan tapak arkeologi yang dijumpai pada tahun 2010 dan terletak di tebing Sungai Muda dan jaraknya dari Kota Kuala Muda lebih kurang 2 km. Lembangan Sungai Muda terkenal sebagai pusat pemerintahan, pelabuhan entrepot dan pusat perkembangan kerajaan Ked...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14285/ http://journalarticle.ukm.my/14285/ http://journalarticle.ukm.my/14285/1/197-331-1-SM.pdf |
Summary: | Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah merupakan tapak arkeologi yang dijumpai pada tahun 2010 dan terletak di tebing Sungai Muda dan jaraknya dari Kota Kuala Muda lebih kurang 2 km. Lembangan Sungai Muda terkenal sebagai pusat pemerintahan, pelabuhan entrepot dan pusat perkembangan kerajaan Kedah Tua pada abad ke-2 hingga ke-14 Masihi yang berpusat di Sungai Mas. Hasil ekskavasi yang telah dijalankan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa tapak Candi Kampung Baru mempunyai banyak tinggalan seramik asing contohnya, seramik dari China, Parsi dan Asia Tenggara. Terdapat kira-kira 700 pecahan seramik asing dijumpai di tapak tersebut semasa ekskavasi Fasa 2. Jumlah seramik asing yang dijumpai semasa Fasa 2 hampir sama dengan jumlah seramik asing yang dijumpai pada Fasa 1. Semua seramik asing yang dijumpai adalah dalam bentuk pecahan dan tidak dijumpai seramik asing yang lengkap. Jumpaan seramik asing di tapak arkeologi sangat penting kerana dapat memberitahu tentang tarikh dan maklumat penting mengenai tapak yang berasosiasi dengan seramik asing tersebut. Seramik China yang banyak dijumpai di tapak tersebut semasa ekskavasi Fasa 2 adalah dari zaman Dinasti Tang (618-906 Masihi), Dinasti Song (960-1279 Masihi) dan Dinasti Yuan (1271-1368 Masihi). Seramik China tersebut dihasilkan di Fujian, Guangdong dan Hebei, China. Seramik Parsi juga dijumpai dan pentarikhannya adalah dari abad ke-8 hingga ke-10 Masihi. Seramik asing yang bertarikh abad ke-10 hingga ke-14 Masihi merupakan paling banyak ditemui di tapak tersebut berdasarkan hasil ekskavasi yang telah dijalankan di tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah. |
---|