Sifat malu dalam kerangka akhlak Melayu
Sifat malu membawa dua makna iaitu sama ada baik (positif) atau pun buruk (negatif). Sisi negatif sifat malu sering dianggap sebagai antara faktor penyebab masyarakat khususnya Melayu bersikap pasif, pendiam, rendah diri, tidak asertif dan tiada keberanian diri. Manakala sifat malu yang baik (pos...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14277/ http://journalarticle.ukm.my/14277/ http://journalarticle.ukm.my/14277/1/36896-116370-1-SM.pdf |
Summary: | Sifat malu membawa dua makna iaitu sama ada baik (positif) atau pun buruk (negatif).
Sisi negatif sifat malu sering dianggap sebagai antara faktor penyebab masyarakat
khususnya Melayu bersikap pasif, pendiam, rendah diri, tidak asertif dan tiada
keberanian diri. Manakala sifat malu yang baik (positif) adalah berkaitan dengan
tingkah laku yang bersopan sehinggalah membawa kepada memelihara martabat
kemanusiaan dan kehormatan bangsa. Justeru itu, tujuan makalah ini adalah untuk
mengupas bagaimana sifat malu menzahirkan akhlak serta budi pekerti yang baik
dan mulia dalam pandangan alam Melayu serta kedudukan malu sebagai kerangka
akhlak masyarakat Melayu. Kaedah kajian yang digunakan adalah pendekatan
analisis kandungan serta penelitian kepustakaan terhadap beberapa karya tokoh
Melayu sama ada berbentuk prosa, puisi, kiasan, pantun, hikayat serta cerita Melayu.
Hasil kajian mendapati penzahiran sifat malu dalam jiwa dan tindakan dalam
pandangan alam Melayu berkait rapat dan bersepadu dengan konsep-konsep penting
yang terpancar dalam kata kunci akal, ilmu, hati (qalb), agama, adab, bahasa dan
jahat. Kajian juga mendapati sifat malu dalam masyarakat Melayu turut mempunyai
kedudukan sebagai mekanisme pembendung diri daripada melakukan tingkah laku
yang tidak baik, sebagai kesantunan dan lambang kehidupan bermoral serta sebagai
maruah dan kehormatan diri dan bangsa. |
---|