Pengenalan kepada sistem vokal bahasa Kedayan varian Sibuti
Kaum Kedayan boleh ditemui di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Brunei. Di Sarawak, kaum ini merupakan kaum minoriti dan menetap di Limbang, Lawas, bahagian Sibuti di Miri dan sedikit di bahagian Bintulu. Bahasa Kedayan 80% berkognat dengan bahasa Melayu manakala 94% berkognat dengan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14268/ http://journalarticle.ukm.my/14268/ http://journalarticle.ukm.my/14268/1/jatma-2020-0801-03.pdf |
Summary: | Kaum Kedayan boleh ditemui di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Brunei. Di Sarawak, kaum ini
merupakan kaum minoriti dan menetap di Limbang, Lawas, bahagian Sibuti di Miri dan sedikit di bahagian Bintulu.
Bahasa Kedayan 80% berkognat dengan bahasa Melayu manakala 94% berkognat dengan bahasa Melayu Brunei.
Namun demikian, bahasa ini mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu tiadanya penggunaan huruf ‘r’ dan hanya
memiliki tiga vokal iaitu ‘i’, ‘a’, dan ‘u’ dalam kosa katanya. Makalah ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem
vokal bahasa Kedayan varian Sibuti (BKVS). Kaedah temu bual, pemerhatian dan catatan di lapangan digunakan
dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan senarai kata Swadesh dan ditambah dengan penggunaan beberapa domain
perkataan seperti nombor, kata ganti nama diri, haiwan, tumbuhan, dan benda. Kajian ini dijalankan di Sibuti dengan
melibatkan 4 orang penutur asli dan penduduk tetap di kawasan tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga fonem
vokal, iaitu /i, a, u/; enam alofon, [i, i͂ , a, a͂ , u, u͂ ]; dua diftong, /aw, aj/; dan enam rangkap vokal, /ia, iu, ai, au, ui, ua/
dalam bahasa Kedayan Varian Sibuti. Perbezaan hasil kajian pengkaji dengan pengkaji yang lain disebabkan oleh
faktor geografi dan pengaruh daripada bahasa lain. Terdapat penyisipan bunyi hentian glotis dalam fonem vokal.
Pengkaji juga mendapati pengguguran fonem /r/ dalam BKVS menyebabkan berlakunya rangkap vokal dan kepanjangan
vokal dalam BKVS. |
---|