Emansipasi dan nasionalisme dalam politik wanita Melayu pra merdeka: sorotan memoir Khatijah Sidek, Aishah Ghani dan Shamsiah Fakeh
Lembaran baharu politik masyarakat Melayu pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan penentangan Malayan Union 1946 yang mencetuskan fenomena baharu penyertaan politik wanita Melayu. Wadah politik wanita Melayu ketika itu ialah sayap parti politik berideologikan nasionalisme iaitu Kaum Ibu UMNO di bawah...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14267/ http://journalarticle.ukm.my/14267/ http://journalarticle.ukm.my/14267/1/jatma-2020-0801-02.pdf |
Summary: | Lembaran baharu politik masyarakat Melayu pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan penentangan Malayan Union
1946 yang mencetuskan fenomena baharu penyertaan politik wanita Melayu. Wadah politik wanita Melayu ketika
itu ialah sayap parti politik berideologikan nasionalisme iaitu Kaum Ibu UMNO di bawah United Malays National
Organization (UMNO) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dinaungi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Perjuangan kemerdekaan tanah air secara tidak langsung telah menenggelamkan citra ‘emansipasi wanita’ dalam
naratif politik wanita Melayu. Maka, artikel ini menyingkap citra emansipasi wanita dalam politik wanita Melayu
dengan menggariskan tiga objektif. Pertama, menjelaskan sebab utama politik wanita Melayu ditenggelami naratif
nasionalisme. Kedua, menghubung kait pengalaman peribadi tokoh politik wanita Melayu dengan perjuangan
mendapatkan dan mengisi kemerdekaan tanah air. Ketiga, menjelaskan sifat hubungan emansipasi wanita Melayu
dan nasionalisme. Sehubungan itu, sumber kajian ini menggunakan sepenuhnya memoir yang dikarang oleh Khatijah
Sidek, Aishah Ghani dan Shamsiah Fakeh. Kajian ini mendapati memoir sebagai sumber sejarah menawarkan sudut
pandang emansipasi wanita yang sebelumnya itu kurang jelas dalam dokumen rasmi kerajaan dan parti politik.
Berdasarkan memoir Khatijah Sidek, Aishah Ghani dan Shamsiah Fakeh, pengalaman peribadi berdimensi gender
telah dipolitikkan dalam perjuangan kemerdekaan. Sehubungan itu, ia memperlihatkan hubungan agenda emansipasi
wanita dan nasionalisme bersifat dua dimensi iaitu (i) harmoni dan (ii) konflik. |
---|