Penciptaan istilah dan akal budi Melayu
Kemajuan sesuatu bangsa selari dengan perkembangan ilmu yang dibina oleh bangsa itu sendiri. Sehubungan dengan itu, peristilahan dibentuk bagi menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Kelahiran...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14266/ http://journalarticle.ukm.my/14266/ http://journalarticle.ukm.my/14266/1/jatma-2020-0801-01.pdf |
Summary: | Kemajuan sesuatu bangsa selari dengan perkembangan ilmu yang dibina oleh bangsa itu sendiri. Sehubungan dengan
itu, peristilahan dibentuk bagi menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Bagaimanakah
orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Kelahiran ratusan kitab karya agung membuktikan
masyarakat dahulu sudah boleh mencipta dan membina istilah. Kajian membuktikan masyarakat Melayu dahulu
mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam. Daripada situ mereka membina konsepkonsep
tertentu, selaras dengan gaya hidup orang Melayu ketika itu. Contohnya, sebagai masyarakat yang mahir
dalam selok-belok pelayaran, maka terciptalah istilah jurumudi dan keahlian dalam menilik serta mengubat pesakit
pula mewujudkan istilah ahli nujum. Dalam konteks peristilahan masa kini, awalan ‘juru’, ‘ahli’, ‘pakar’, ‘pandai’
dan ‘tukang’, yang kesemua bermaksud ‘orang yang memiliki kepandaian’, mampu membentuk istilah baharu, seperti
jururawat, pakar bedah, ahli kimia, dan tukang kimpal. Kajian mendapati, hasil menganalogi sesuatu istilah, maka
terbentuklah istilah baharu yang menepati konsep, di samping mengekalkan ragam kemelayuan. Hal ini dapat dikaitkan
dengan penciptaan kearifan tempatan dan akal budi Melayu (intelektual Melayu). Misalnya, istilah yang berkaitan
dengan penciptaan bedil atau senapang, istilah tembikar dan istilah tenunan. Rantaian istilah yang tercipta sangat
berkaitan dengan ilmu yang hendak disampaikan dan hal inilah yang disebut sebagai perekayasaan bahasa. Ironinya,
disebabkan manusia Melayu tidak lagi mencipta, maka istilah yang terjelma lebih bersifat keinggerisan. Entah sama ada
konsep istilahnya tiada dalam ruang lingkup budaya Melayu atau kerana selesa menggunakan bahasa Inggeris. Walhal,
sudah ada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1995) yang dapat memandu ke arah pembentukan
istilah yang lebih sesuai dengan lidah dan budaya Melayu. |
---|