Agenda imperialis dalam krisis pentadbiran kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1921-1925
Artikel ini menilai dasar imperial British yang tersirat dalam krisis pentadbiran kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ketika pentadbiran Laurence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi British dan George Maxwell sebagai Ketua Setiausaha kerajaan NNMB. Kemerosotan ekonomi selepas Perang D...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14253/ http://journalarticle.ukm.my/14253/ http://journalarticle.ukm.my/14253/1/36283-114448-1-SM.pdf |
Summary: | Artikel ini menilai dasar imperial British yang tersirat dalam krisis pentadbiran kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ketika pentadbiran Laurence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi British dan George Maxwell sebagai Ketua Setiausaha kerajaan NNMB. Kemerosotan ekonomi selepas Perang Dunia Pertama, telah mendorong British memberi tumpuan terhadap agenda kesatuan imperial dalam melaksanakan pembangunan kolonial. Implimentasi agenda ini menyebabkan berlakunya krisis pentadbiran kolonial di NNMB, apabila Maxwell dan Ahli Tidak Rasmi Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) tergugat dengan usaha Guillemard untuk menyatukan pentadbiran NNMB dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-Negeri Selat (NNS). Keadaan ini seterusnya menyebabkan berlakunya krisis dalam menentukan ketua kerajaan NNMB dan krisis penghapusan jawatan Ketua Setiausaha. Krisis ini berlarutan apabila, Pejabat Tanah Jajahan yang sering berpihak kepada Guillemard dalam kebanyakan pertikaian yang diutarakan oleh Maxwell. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah kajian sejarah dengan meneliti rekod dan dokumen pentadbiran kolonial di Tanah Melayu yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara United Kingdom. Hasil kajian mendapati, sokongan Pejabat Tanah Jajahan terhadap Guillemard ialah disebabkan dasar pentadbiran kolonial beliau adalah selari dengan dasar imperial British untuk tanah jajahan. |
---|