Kefahaman hadis musykil oleh golongan Islam liberal

Golongan Islam liberal adalah golongan yang menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan menggunakan akal fikiran tersendiri. Golongan ini lebih mementingkan kebebasan seseorang dalam menentukan sesuatu keputusan. Namun, kefahaman yang dibawa menimbulkan sesuatu kekeliruan atau salah faham dalam menafs...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nuraleya Abdul Hamid, Latifah Abdul Majid, Mohd Arif Nazri
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14230/
http://journalarticle.ukm.my/14230/
http://journalarticle.ukm.my/14230/1/84-171-1-SM.pdf
Description
Summary:Golongan Islam liberal adalah golongan yang menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan menggunakan akal fikiran tersendiri. Golongan ini lebih mementingkan kebebasan seseorang dalam menentukan sesuatu keputusan. Namun, kefahaman yang dibawa menimbulkan sesuatu kekeliruan atau salah faham dalam menafsirkan permasalahan. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis pandangan pemikiran golongan Islam liberal dalam memahami hadis musykil. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya golongan Islam liberal. Kajian ini mengkhususkan kepada isu-isu hak asasi wanita yang hangat diperdebatkan antaranya, isu menutup aurat, poligami, dan kepimpinan wanita. Hasil kajian ini mendapati bahawa pandangan pemikiran yang dibawakan oleh golongan Islam liberal bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunah.