Kaedah periwayatan Asbab al-Nuzul dalam Tarjumān al-Mustafid

Tarjumān al-Mustafīd adalah tafsir berbahasa Melayu pertama yang dihasilkan pada abad ke 17 oleh ulama Nusantara iaitu Shaykh cAbdul Rauf . Pentafsiran Tarjumān al-Mustafīd berasaskan metode tahlīlī dan ijmālī. Intipati pentafsiran merangkumi terjemahan dan tafsiran ayat, perbahasan qirāat, hukum nā...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazori Ab Rahman, Mohd Nazri Ahmad, Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14227/
http://journalarticle.ukm.my/14227/
http://journalarticle.ukm.my/14227/1/81-167-1-SM.pdf
Description
Summary:Tarjumān al-Mustafīd adalah tafsir berbahasa Melayu pertama yang dihasilkan pada abad ke 17 oleh ulama Nusantara iaitu Shaykh cAbdul Rauf . Pentafsiran Tarjumān al-Mustafīd berasaskan metode tahlīlī dan ijmālī. Intipati pentafsiran merangkumi terjemahan dan tafsiran ayat, perbahasan qirāat, hukum nāsikh dan mansūkh, riwayat Isrāilliyāt serta nukilan Asbāb al-Nuzūl. Begitu pun, periwayatan Asbāb al-Nuzūl mendominasi sebahagian besar daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian terhadap Asbāb al-Nuzūl dilakukan untuk mengenal pasti ketokohan dan metode pengarang dalam menukilkan riwayat Asbāb al-Nuzūl. Kajian ini berasaskan metode penyelidikan kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan terhadap sumber primer iaitu Tarjumān al-Mustafīd dan sumber sekunder lain. Data-data kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati Shaykh cAbdul Rauf merujuk pelbagai karya tafsir berbahasa Arab dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl. Namun begitu pengarang berjaya menyerlahkan ketokohannya dengan mempelbagaikan teknik dan metode periwayatan Asbāb al-Nuzūl. Kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl bersumber pelbagai karya yang berautoriti namun diolah dengan bijak justeru membuktikan keilmuan dan ketokohan beliau dalam bidang tafsir dan terjemahan al-Quran.