Komuniti pembelajaran profesional sebagai budaya kolaborasi profesional sekolah: teori dan amalan

Budaya pengasingan guru telah menjadi tradisi dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, budaya ini dikatakan tidak berupaya meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam arus sistem pendidikan yang semakin kompleks. Kini, reformasi terhadap sistem pendidikan melalui kolaboras...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamarudin Ismail, Rosnah Ishak, Kho, Fanny Chee Yuet, Siti Hajar Kamaruddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14216/
http://journalarticle.ukm.my/14216/
http://journalarticle.ukm.my/14216/1/36214-114172-1-PB.pdf
Description
Summary:Budaya pengasingan guru telah menjadi tradisi dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, budaya ini dikatakan tidak berupaya meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam arus sistem pendidikan yang semakin kompleks. Kini, reformasi terhadap sistem pendidikan melalui kolaborasi menjadi satu keperluan bagi menghadapi persaingan pendidikan di peringkat global. Namun, beberapa kajian mendapati budaya kolaborasi profesional agak sukar dibentuk dalam komuniti pembelajaran profesional. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan membincangkan kajian terkini tentang budaya kolaborasi melalui komuniti pembelajaran profesional. Kajian ini adalah berbentuk sintesis penyelidikan secara kualitatif. Kerangka teori yang dirujuk dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah (Cultural Historical Activity Theory). Fokus kajian adalah ke atas kolaborasi guru sekolah dan sumber data diperoleh daripada artikel dan buku yang diterbitkan. Hasil kajian ini telah menemukan enam tema utama. Tema tersebut ialah kepentingan budaya kolaborasi, bentuk budaya kolaborasi, kebaikan dan keburukan kolaborasi, amalan budaya kolaborasi, halangan budaya kolaborasi dan strategi untuk meningkatkan budaya kolaborasi. Amalan di dalam komuniti pembelajaran profesional didapati mampu membentuk budaya kolaborasi profesional di sekolah.