Variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah: kajian geolinguistik

Data linguistik sesebuah dialek boleh digabungkan dengan teknologi terkini iaitu teknologi Geographical Information System (GIS) untuk menghasilkan sebuah peta dialek. Hasil gabungan di antara data dialek dengan teknologi ini membolehkan satu gambaran sempadan dialek dilakarkan dengan lebih tepat. J...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Amir Imran Jamil
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14199/
http://journalarticle.ukm.my/14199/
http://journalarticle.ukm.my/14199/1/34250-114047-1-PB.pdf
Description
Summary:Data linguistik sesebuah dialek boleh digabungkan dengan teknologi terkini iaitu teknologi Geographical Information System (GIS) untuk menghasilkan sebuah peta dialek. Hasil gabungan di antara data dialek dengan teknologi ini membolehkan satu gambaran sempadan dialek dilakarkan dengan lebih tepat. Justeru, teknologi Geographical Information System (GIS) ini diguna pakai dalam artikel ini untuk menghasilkan peta variasi dialek Melayu di Kedah. Kajian geolinguistik ini bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat menerusi kajian lapangan di 135 buah kampung di 11 mukim di negeri Kedah berdasarkan kaedah soal selidik dan rakaman. Seramai 892 responden yang terdiri daripada generasi tua dan muda disoal selidik. Kajian ini juga mengaplikasikan penggunaan teknologi yang berbantukan GIS iaitu ArcGIS dalam menjana peta penyebaran leksikal bagi dialek Melayu di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan bagi leksikal ‘punggung’ dan ‘kerbau’ sebenarnya mempunyai polanya yang tersendiri. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan pembuktian GIS iaitu maklumat-maklumat geografi atau bentuk muka bumi seperti sungai, paya, gunung, bukit dan hutan boleh menjadi faktor penentu kepada penyebaran dialek Melayu di Kedah. Keadaan ini menunjukkan bahawa penyebaran leksikal bagi sesuatu dialek akan mudah tersebar sekiranya terdapat ruang (spatial) yang memudahkannya tersebar ke kawasan yang berhampiran. Hasilnya, satu pemetaan isoglos baru berjaya dipetakan bagi memperlihatkan variasi leksikal dialek Melayu di Kedah dengan tepat.