MyJavaSchool: persepsi dan motivasi pelajar terhadap pengaturcaraan komputer
Subjek Sains Komputer telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran yang baru dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk melatih pelajar dengan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran komputasional. Subjek Sains Komputer ini terdiri daripada tiga modul iaitu modul Pengaturcaraan Komput...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14162/ http://journalarticle.ukm.my/14162/ http://journalarticle.ukm.my/14162/1/32775-114934-1-PB.pdf |
Summary: | Subjek Sains Komputer telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran yang baru dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk melatih pelajar dengan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran komputasional. Subjek Sains Komputer ini terdiri daripada tiga modul iaitu modul Pengaturcaraan Komputer, modul Pangkalan Data, dan modul Interaksi Manusia dan Komputer. Sebagai subjek yang baru diperkenalkan, dua masalah yang dihadapi oleh guru adalah bahan dan pendekatan pengajaran. Justeru, Modul MyJavaSchool telah dibangunkan sebagai bahan pengajaran alternatif untuk modul Pengaturcaraan Komputer tingkatan empat. Modul ini merupakan modul pembelajaran pengaturcaraan Java menggunakan pendekatan Turtle Graphic dan juga pembelajaran berasas kompetensi. Kertas ini membincangkan hasil kajian yang dibuat bagi meninjau persepsi pelajar tentang modul MyJavaSchool dan juga persepsi dan tahap motivasi pelajar terhadap subjek Pengaturcaraan Komputer. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dimana instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Responden kajian adalah seramai 126 orang pelajar tingkatan empat. Dalam kajian ini, modul dan panduan diberikan kepada guru yang mengajar untuk digunakan. Setelah beberapa minggu pembelajaran,kertas soal selidik pula diedarkan kepada responden. Dapatan analisis kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap penggunaan modul ini berada di tahap yang baik dengan nilai purata min 2.74. Ini menunjukkan bahawa pelajar masih ragu dengan penggunaan modul MyJavaSchool dalam pembelajaran pengaturcaraan komputer. Namun, mereka bermotivasi dengan pendekatan pembelajaran yang digunakan dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer selepas tamat persekolahan. Sebagai kesimpulan dapat dinyatakan bahawa modul ini perlu ditambah baik. Contoh bagi setiap topik perlu ditambah kerana menerusi contoh, pelajar dapat memahami tentang konsep dan penggunaannya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran sangat penting dalam memotivasikan pelajar. |
---|