Penilaian kemahiran insaniah berdasarkan persepsi pelajar prasiswazah
Kemahiran insaniah umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, iaitu apa yang dikatakan sebagai kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal. Elemen kemahiran insaniah perlu ada kepada seseorang individu bagi memenuhi ke...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14149/ http://journalarticle.ukm.my/14149/ http://journalarticle.ukm.my/14149/1/30465-103926-1-PB.pdf |
| Summary: | Kemahiran insaniah umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik
dengan diri sendiri dan orang lain, iaitu apa yang dikatakan sebagai kemahiran intrapersonal dan kemahiran
interpersonal. Elemen kemahiran insaniah perlu ada kepada seseorang individu bagi memenuhi kebolehpasaran
setiap graduan. Namun statistik terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi dalam laman web rasminya
menyatakan bilangan graduan masih menganggur adalah tinggi. Justeru, kajian ini ingin mengkaji tahap
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui aktiviti yang
dijalankan oleh setiap kumpulan kepentingan khas (SIG). Terdapat 11 buah SIG dengan pelbagai aktiviti
pengkomputeran dijalankan. Model Penilaian Kirkpatrick yang mengandungi empat kategori (reaksi,
pembelajaran, tingkah laku dan hasil) diguna dalam mengukur tahap pencapaian kemahiran insaniah pelajar
FTSM. Hasil kajian menunjukkan keempat-empat kategori di tahap baik, yang mana secara keseluruhan tahap
kemahiran insaniah pelajar FTSM adalah dalam kategori baik. Model Penilaian Kirkpatrick boleh digunapakai
dalam kajian penilaian sesuatu prestasi latihan atau yang sepadan dengannya. |
|---|