Bahasa Remun di negeri Sarawak: kajian perbandingan dengan bahasa Iban
Bahasa Ibanik adalah cabang bahasa Melayik yang variasinya memaparkan inovasi *-an, *- ang dan *-ar kepada /-ay/. Cabang bahasa ini tersebar di Kalimantan Barat (Indonesia) dan Sarawak (Malaysia). Di Sarawak, hanya variasi bahasa Ibanik Iban sahaja yang dikenali umum. Bahasa Remun yang turut meru...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14105/ http://journalarticle.ukm.my/14105/ http://journalarticle.ukm.my/14105/1/33971-114107-1-PB.pdf |
Summary: | Bahasa Ibanik adalah cabang bahasa Melayik yang variasinya memaparkan inovasi *-an, *-
ang dan *-ar kepada /-ay/. Cabang bahasa ini tersebar di Kalimantan Barat (Indonesia) dan
Sarawak (Malaysia). Di Sarawak, hanya variasi bahasa Ibanik Iban sahaja yang dikenali
umum. Bahasa Remun yang turut merupakan variasi Ibanik sebaliknya kurang mendapat
perhatian sarjana. Melalui tinjauan kosa ilmu mendapati bahawa belum ada deskripsi
linguistik intensif yang membincangkan hubungan antara bahasa Remun dan bahasa Iban.
Kajian ini menerapkan pendekatan deskriptif untuk mencungkil persamaan dan perbezaan
kedua-dua bahasa ini dengan berfokus kepada aspek leksikal dan fonologi. Daripada 150
sampel kosa kata yang dibandingkan, didapati kadar persamaan kosa kata untuk kedua-dua
bahasa ini ialah 82%. Melalui analisis fonologi ke atas dua fonem, iaitu r dan s didapati
bahawa fonem r wujud sebagai /ɣ/ dalam bahasa Remun manakala sebagai /r/ dalam bahasa
Iban. Bagi fonem s, bunyi ini wujud sebagai /h/ pada posisi akhir kata Remun dan sebagai /s/
dalam bahasa Iban. Analisis fonologi ini telah memberi bukti tambahan bahawa bahasa
Remun bukanlah sejenis dialek Iban walaupun memaparkan persamaan 85% kognat. Hasil
kajian ini dapat meningkatkan kesedaran badan perancang bahasa Iban di Sarawak tentang
wujudnya kelainan variasi dalam bahasa berkenaan. Justeru kerana bahasa Iban Standard
turut diajar sebagai matapelajaran teras dalam pendidikan di Sarawak, kelainan-kelainan ini
wajar diberi perhatian untuk melancarkan pembelajaran bahasa Iban. |
---|