Gagasan pendekatan islam Hadhari untuk realiti masyarakat kini

Seorang pemimpin mesti mempunyai gagasan untuk memajukan umat dan negaranya. Gagasan ini merupakan aspirasi dan juga harapan kepimpinan tersebut dalam merealisasi usaha membangun umatnya. Ia juga merupakan suatu panduan agar segala perancangan yang diadakan adalah untuk memenuhi semua prinsip gagasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusof Hj. Othman
Format: Article
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2008
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1397/
http://journalarticle.ukm.my/1397/
Description
Summary:Seorang pemimpin mesti mempunyai gagasan untuk memajukan umat dan negaranya. Gagasan ini merupakan aspirasi dan juga harapan kepimpinan tersebut dalam merealisasi usaha membangun umatnya. Ia juga merupakan suatu panduan agar segala perancangan yang diadakan adalah untuk memenuhi semua prinsip gagasan yang disarankan. Gagasan negara perlu mengambil kira realiti masyarakat, permasalahan, kekuatan, peluang, aspirasi dan juga senario sosioekonomi dan politik sejagat yang berlaku di arena antarabangsa. Gagasan Pendekatan Islam Hadhari telah diperkenal dan dipromosikan sebaik sahaja Perdana Menteri Kelima memegang tampuk kepimpinan negara sebagai penerus kepada gagasan pembangunan sebelum ini untuk membangunkan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Kertas ini membicarakan rasional dan realiti yang dihadapi oleh negara dalam usaha membangunkan negara yang dijelmakan dalam Gagasan Pendekatan Islam Hadhari