Refleksi penerokaan etnografi peminat gelombang Korea di Malaysia

Makalah ini adalah kajian awal mengenai fenomena gelombang Korea di Malaysia. Gelombang Korea ataupun Korean Wave merujuk kepada fenomena global penerimaan produk budaya Korea. Gelombang Korea boleh difahami sebagai segala bentuk produk budaya Korea termasuk muzik pop, drama, filem dan permainan vid...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Akqmie Badrul Hisham, Abdul Latiff Ahmad, Chang, Peng Kee
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13921/
http://journalarticle.ukm.my/13921/
http://journalarticle.ukm.my/13921/1/26818-116393-1-PB.pdf
Description
Summary:Makalah ini adalah kajian awal mengenai fenomena gelombang Korea di Malaysia. Gelombang Korea ataupun Korean Wave merujuk kepada fenomena global penerimaan produk budaya Korea. Gelombang Korea boleh difahami sebagai segala bentuk produk budaya Korea termasuk muzik pop, drama, filem dan permainan video yang mana fokusnya sering kali kepada selebriti mereka. Namun, Shim (2017) mengembangkan lagi istilah ini dengan menyatakan bahawa selepas awal tahun 2010, gelombang Korea juga termasuk semua genre budaya Korea termasuk Soju (minum beralkohol dari Korea Selatan), makanan, minuman, fesyen, alat solekan, dan sebagainya lagi. Data dikumpulkan dari kerja lapangan dan pemerhatian peserta dalam beberapa acara peminat di Kuala Lumpur di samping penelitian kajian-kajian lampau. Pemerhatian dijalankan di konsert, sesi bertemu peminat dan di acara perhimpunan salah satu kumpulan peminat BTS Malaysia. Kajian penerokaan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman mengenai senario peminat gelombang Korea di Malaysia terutamanya dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini mendapati perkembangan teknologi media memainkan peranan dalam mengembangkan gelombang Korea, di mana kajian-kajian lampau memperlihatkan bagaimana internet memainkan peranan penting dalam memperkembangkan fenomena gelombang Korea. Selain itu, kajian ini juga mendapati, kaedah pemerhatian sahaja tidak mencukupi untuk mendalami fenomena gelombang Korea terutamanya apabila melibatkan belia. Mengabungkan kaedah pemerhatian dengan kaedah temu bual mendalam boleh memperolehi data yang lebih tepat mengenai pengalaman belia terutamanya sejauhmanakah mereka terlibat dengan fenomena gelombang Korea ini.