Pengukuran prestasi universiti menggunakan model kecemerlangan prestasi menyeluruh berasaskan nilai teras
Perubahan yang berlaku dalam persekitaran politik dan ekonomi global menjadikan pengurusan organisasi semakin mencabar. Proses globalisasi dan liberalisasi ekonomi, peralihan ekonomi negara kepada K-ekonomi, tekanan untuk memperluaskan konsep governans, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan serta...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13869/ http://journalarticle.ukm.my/13869/ http://journalarticle.ukm.my/13869/1/jqma-15-2-paper2.pdf |
Summary: | Perubahan yang berlaku dalam persekitaran politik dan ekonomi global menjadikan pengurusan
organisasi semakin mencabar. Proses globalisasi dan liberalisasi ekonomi, peralihan ekonomi
negara kepada K-ekonomi, tekanan untuk memperluaskan konsep governans, jangkaan
pemegang taruh dan pelanggan serta revolusi dalam teknologi maklumat memerlukan suatu
pengukuran prestasi yang lebih seimbang untuk memastikan organisasi terus relevan dan
bersaing. Keperluan sebuah organisasi bagi menterjemahkan nilai dan berpegang kepada prinsip
amatlah signifikan dan penting dalam mewujudkan satu sistem pengukuran bagi meningkatkan
prestasi organisasi yang berasaskan nilai teras. Model Kecemerlangan Prestasi Menyeluruh
Berasaskan Nilai Teras (VBTPEM) merupakan satu daripada pengukuran prestasi yang tidak
asing lagi bagi kebanyakan organisasi. Dengan menggunakan nilai-nilai teras yang telah
dibangunkan oleh model VBTPEM ini, pengukuran nilai lebih mudah ditentukan. Dalam kajian
ini, beberapa kriterium bersandarkan nilai teras, iaitu kepimpinan, budaya, produktiviti dan
prestasi diukur untuk mengkaji prestasi Institut Pengajian Tinggi (IPT). Perisian SmartPLS telah
digunakan untuk menguji hubungan di dalam model teori tersebut. Dapatan kajian menyokong
empat daripada lima hipotesis yang diajukan dan menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara nilai yang dipilih dengan prestasi sesebuah universiti. |
---|