Kerajaan perpaduan dalam wacana parti politik Melayu-Muslim di Malaysia
Hampir sedekad kontroversi Kerajaan Perpaduan menjadi polemik yang mempengaruhi permuafakatan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, namun wacananya menjadi polemik yang mengundang pelbagai kontroversi terutama dalam kalangan parti politik Melayu-Musli...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13851/ http://journalarticle.ukm.my/13851/ http://journalarticle.ukm.my/13851/1/32807-102544-1-PB.pdf |
Summary: | Hampir sedekad kontroversi Kerajaan Perpaduan menjadi polemik yang
mempengaruhi permuafakatan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, namun wacananya menjadi polemik
yang mengundang pelbagai kontroversi terutama dalam kalangan parti politik
Melayu-Muslim di Malaysia. Polemik ini juga telah mencetuskan perpecahan
Pakatan Rakyat (PR) iaitu sebuah permuafakatan politik dalam kalangan parti-parti
utama pembangkang pada 2015. Berdasarkan senario ini, timbul persoalan, apakah
yang dimaksudkan dengan pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia? Apakah
polemik yang telah berlaku? Adakah kerajaan perpaduan hanya berfokus terhadap
kerjasama parti politik Melayu-Muslim sahaja? Makalah ini secara umumnya
berhasrat mencari jawapan kepada persoalan ini. Oleh yang demikian, makalah ini
dilakukan untuk menganalisis polemik kerajaan perpaduan dalam wacana politikal
parti politik Melayu-Muslim. Bagi mencapai objektif ini, data yang digunakan
diperoleh daripada temu bual dengan sembilan orang responden dan dianalisis
menggunakan analisis kandungan berbantukan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian
ini menunjukkan wacana yang bersifat politik mempengaruhi dalam kalangan parti
politik Melayu-Muslim menjadi faktor utama kegagalan pembentukan kerajaan. |
---|