Pertukaran sistem kepada patuh syariah sebagai alternatif kepada sistem perbankan dan institusi kewangan konvensional: pengalaman di Malaysia
Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ antara unit lebihan surplus unit dengan unit kurangan deficit unit. Namun setiap urusniaga d...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13847/ http://journalarticle.ukm.my/13847/ http://journalarticle.ukm.my/13847/1/32745-102540-1-PB.pdf |
Summary: | Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem
kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi
yang sama iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ antara unit lebihan surplus
unit dengan unit kurangan deficit unit. Namun setiap urusniaga dan operasi yang
dijalankan adalah berbeza. Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi
tonggak kepada perjalanan bagi kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena
pertukaran sistem bagi sesetengah perbankan konvensional untuk menjadi sebuah
perbankan yang patuh syarak adalah fenomena positif, di mana fenomena ini dapat
menggalakkan perkembangan dan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia
yang sememangnya adalah sebuah negara Islam, bukan sahaja di peringkat serantau
malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran
sebenar pertukaran sistem bagi institusi perbankan dan kewangan konvensional kepada
institusi perbankan dan kewangan Islam yang berlaku di Malaysia. Bagi mencapai
objektif ini, kajian dilaksanakan melalui dua metode utama, iaitu metode persejarahan
dan metode pengumpulan serta penganalisaan data. Hasil kajian mendapati bahawa
Malaysia merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah sistem kewangan Islam. Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi,
namun usaha untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada
sistem berteraskan riba dan faedah adalah usaha yang positif sekali gus berpotensi
memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa. |
---|