Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan dan Rawatan Dadah di Pengasih

Pengasih merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif membantu merawat dan memulihkan masalah ketagihan dadah dan mempunyai program tersendiri untuk penghuninya iaitu modul Terapi Komuniti dan program kerohanian untuk proses pemulihan dan rawatan mereka. Program tersebut menerapkan nilai-nilai Is...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khairul Hamimah Mohammah Jodi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13841/
http://journalarticle.ukm.my/13841/
http://journalarticle.ukm.my/13841/1/29768-91363-1-SM.pdf
Description
Summary:Pengasih merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif membantu merawat dan memulihkan masalah ketagihan dadah dan mempunyai program tersendiri untuk penghuninya iaitu modul Terapi Komuniti dan program kerohanian untuk proses pemulihan dan rawatan mereka. Program tersebut menerapkan nilai-nilai Islam untuk menambah kefahaman dan penghayatan penghuni seterusnya menjadi pendorong kepada mereka untuk memperbaiki akhlak dan kesilapan lampau. Artikel ini mengupas nilai-nilai Islam yang diterapkan dan menganalisis kaedah pelaksanaan penerapan nilai-nilai Islam melalui Program Terapi Komuniti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik analisis dokumentasi bagi mendapatkan informasi tentang nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam program tersebut. Selain itu, temu bual dan pemerhatian turut serta digunakan untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan nilai dedikasi, kerjasama, tekun, tanggungjawab, bersih dan disiplin menjadi keutamaan dalam program ini selain daripada nilai-nilai lain yang seumpamanya. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi penghuni yang komited ke arah pembaikan diri, bersungguh-sungguh, rajin dan mempunyai matlamat yang jelas apabila dibebaskan kelak. Malah sifat ini bakal membawa satu transformasi baru dalam kehidupan mereka selanjutnya.