Metode pengukuhan dan penyebaran ajaran Universal Sufism Inayat Khan ke seluruh dunia
Pada zaman kini, pelbagai bentuk ajaran dan pemikiran baru telah menembusi setiap ruang kehidupan manusia secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aspek sama ada dalam agama, politik dan ekonomi menerusi metode penyebaran yang pelbagai. Daripada sudut agama, muncul ajaran kerohanian yang di...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13831/ http://journalarticle.ukm.my/13831/ http://journalarticle.ukm.my/13831/1/26072-78233-1-SM.pdf |
Summary: | Pada zaman kini, pelbagai bentuk ajaran dan pemikiran baru telah menembusi setiap ruang kehidupan manusia secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aspek sama ada dalam agama, politik dan ekonomi menerusi metode penyebaran yang pelbagai. Daripada sudut agama, muncul ajaran kerohanian yang digelar sebagai ‘Universal Sufism’ di mana ia telah diperkenalkan oleh Inayat Khan, dan ajaran tersebut berbentuk sejagat iaitu mencampuradukkan bersama beberapa unsur doktrin dan amalan kerohanian daripada Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain lagi. Apa yang membimbangkan, ia mendapat sambutan yang baik dari hari ke hari terutama bagi mereka yang mencari dan memerlukan pengisian rohani serta amalan alternatif untuk memenuhi tuntutan jiwa mereka. Ia telah diterima bukan sahaja oleh orang-orang Barat dan bukan Islam, tetapi juga oleh umat Islam itu sendiri seperti di Indonesia, Turki dan Pakistan. Oleh itu, artikel ini cuba menerokai ajaran Universal Sufism dan memfokuskan perbincangan kepada pergerakan-pergerakan ajarannya seperti the International Sufi Movement dan the International Sufi Order sebagai agen utama dalam menyebar luaskan ajaran kerohaniannya ke seluruh dunia. Metode kajian yang digunakan dalam artikel ini adalah kajian kepustakaan dengan menganalisis buku-buku Inayat Khan seperti the Dance of the Soul (Gayan, Vadan, Nirtan), the Sufi Message of Hazrat Inayat Khan I (Way of Illumination, the Inner Life, the Soul, Whence and Whither? the Purpose of Life?) dan lain-lain lagi. Dapatan kajian mendapati bahawa ajaran Inayat Khan ini telah menggunakan pelbagai kaedah seperti penerbitan buku, risalah, penubuhan pelbagai organisasi dan laman sesawang dalam menyebarluaskan ajarannya dengan agresif dan cepat. Hal ini secara tidak langsung dibimbangi boleh mengganggu gugat kefahaman dan keyakinan umat Islam kerana kepantasan maklumatnya dan kewujudannya di mana-mana. |
---|