Kaunseling online dalam dunia terhubung
Kaunseling online dalam dunia terhubung adalah idea dan amalan baharu dalam proses hubungan membantu daripada kaunselor kepada klien melalui kemudahan internet. Kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang membantu menyediakan keselesaan kepada klien yang berhajat untuk mendapatkan perkhid...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13812/ http://journalarticle.ukm.my/13812/ http://journalarticle.ukm.my/13812/1/336-Article%20Text-1162-2-10-20190109%20%281%29.pdf |
Summary: | Kaunseling online dalam dunia terhubung adalah idea dan amalan baharu dalam
proses hubungan membantu daripada kaunselor kepada klien melalui kemudahan
internet. Kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang membantu
menyediakan keselesaan kepada klien yang berhajat untuk mendapatkan
perkhidmatan kaunseling dan intervensi dengan segera, tetapi terhalang oleh lokasi
geografi yang jauh, masa yang kritikal serta pelbagai halangan lain. Pada asasnya
kaunseling online ini memberikan pilihan kepada klien untuk memilih sesi
kaunseling sama ada melalui e-mel atau modaliti chat seperti whatsApp, telegram,
facebook atau telefon. Kaunseling online ini dilakukan tanpa bersemuka seperti
dalam teknik kaunseling konvensional. Dari segi fungsi, kaunseling online adalah
suatu perkhidmatan kaunseling yang dapat diberikan kepada klien dengan segera
tanpa hubungan secara bersemuka. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan
konsep, fungsi dan perlaksanaan kaunseling online dalam dunia terhubung. Data
untuk makalah ini dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis
menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kaunseling online
sangat penting kerana ia dapat memberi ruang yang kondusif kepada klien dan
membantu klien mencari jalan keluar dengan segera daripada masalah yang
dihadapi. Dari segi perlaksanaan, kaunseling online adalah menggunakan amalan
baharu secara maya. Secara keseluruhan, kaunseling online ini merupakan suatu
inovasi yang relevan dengan kepesatan pembangunan negara dalam dunia
terhubung dan berfungsi sebagai satu teknik kaunseling hikmah (wisdom
counseling). |
---|