Pembangunan kerangka konseptual kajian aspirasi kerjaya pelajar TVET Kolej Komuniti di Malaysia
Membangunkan modal insan merupakan agenda sangat penting bagi sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dilihat tonggak penting dalam sistem pendidikan negara. TVET merupakan salah satu bidang pendidikan yang bertujuan bagi menghasilkan pekerja mahir bagi pe...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13701/ http://journalarticle.ukm.my/13701/ http://journalarticle.ukm.my/13701/1/35195-110209-6-PB.pdf |
Summary: | Membangunkan modal insan merupakan agenda sangat penting bagi sistem pendidikan di
Malaysia. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dilihat tonggak penting dalam
sistem pendidikan negara. TVET merupakan salah satu bidang pendidikan yang bertujuan bagi
menghasilkan pekerja mahir bagi pembangunan ekonomi negara. Platform pendidikan ini bukan
sahaja untuk membangunkan pembangunan akademik dan teknikal pelajar, tetapi juga
melahirkan pelajar bagi memperolehi kemahiran berkaitan pekerjaan. Setelah hampir sedekad,
beberapa kelompangan masih membelenggu TVET, serta menghalang peranannya dalam
mengungguli sistem pendidikan arus perdana. Oleh yang demikian, kertas konsep ini bertujuan
untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan, kemahiran generik dan jenis tret-personaliti
terhadap aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar TVET. Kajian ini adalah berdasarkan
metodologi kuantitatif. Elemen-elemen ini dilihat tidak hanya penting dalam menyediakan pelajar
untuk kebolehpasaran mereka pada masa hadapan tetapi juga sangat penting bagi penilaian tretpersonaliti
pelajar TVET terhadap aspirasi kerjaya mereka. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah
untuk membincangkan isu tersebut demi bagi memastikan pelajar TVET terus mengekalkan
aspirasi kerjaya yang sama dengan bidang yang telah dipelajari mereka di Kolej Komuniti. |
---|