Teori wakaf, kepelbagaian dan contoh amalan di Malaysia
Wakaf merupakan ibadat berbentuk kehartaan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun begitu belum ramai yang menyedari kepentingan wakaf sekali gus menyebabkan dana wakaf gagal memainkan peranan signifikan kepada pembangunan ummah. Justeru penulisan ini ingin menjelaskan teori waka...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13698/ http://journalarticle.ukm.my/13698/ http://journalarticle.ukm.my/13698/1/35192-110205-6-PB.pdf |
Summary: | Wakaf merupakan ibadat berbentuk kehartaan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Namun begitu belum ramai yang menyedari kepentingan wakaf sekali gus menyebabkan
dana wakaf gagal memainkan peranan signifikan kepada pembangunan ummah. Justeru
penulisan ini ingin menjelaskan teori wakaf serta kepentingannya dalam Islam. Penulis juga
menjelaskan mengenai hikmah kepelbagaian wakaf bagi mencerminkan nilai keunikan wakaf
dalam Islam. Akhirnya Penulis mengetengahkan beberapa contoh pelaksanaan wakaf sebagai
model amalan wakaf kontemporari yang diperkenalkan di Malaysia. Bagi mencapai objektif
ini Penulis melakukan kajian keperpustaakan bagi mendapatkan maklumat terperinci
daripada sumber yang sahih lagi autentik. Dapatan kajian di analisa dan dibuat perbandingan
kemudian dilaporkan dalam bentuk penulisan kertas kerja untuk memudahkan pembacaan.
Hasil kajian menunjukkan wakaf suatu ibadat yang murni diperkenalkan oleh Islam
mendahului masa pengenalan skim endowment dan philantropi di Barat. Namun begitu masih
banyak yang perlu dilakukan agar umat Islam benar-benar memahami hukum-hakam wakaf
dan menyedari keperluan untuk berwakaf sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam.
Diharapkan penulisan ini berjaya mencapai matlamat untuk melahirkan masyarakat celik
wakaf dan menyumbangkan lebih banyak dana untuk keperluan ummah sepanjang zaman. |
---|