Sejarah perkembangan seni khat dan pengaruhnya terhadap tulisan Jawi di Nusantara

Seni khat atau kaligrafi Arab merupakan satu seni penulisan yang mempuyai sejarahnya yang tersendiri. Seni khat sebagai satu seni tulisan dalam aksara Arab berkembang maju sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam itu sendiri. Tulisan Arab dipengaruhi daripada tulisan Mesir Kuno Heroglif berdasark...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nik Yusri Musa, Ilham Che Daud @ Zakaria, Nazri Muslim, Jamsari Alias
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13685/
http://journalarticle.ukm.my/13685/
http://journalarticle.ukm.my/13685/1/28326-90448-7-PB.pdf
Description
Summary:Seni khat atau kaligrafi Arab merupakan satu seni penulisan yang mempuyai sejarahnya yang tersendiri. Seni khat sebagai satu seni tulisan dalam aksara Arab berkembang maju sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam itu sendiri. Tulisan Arab dipengaruhi daripada tulisan Mesir Kuno Heroglif berdasarkan penemuan manuskrip yang dijumpai di Syria dan Palestin adalah lebih mirip serta hampir kepada tulisan Arab. Seni khat secara tidak formal telah timbul sebagai gaya tulisan Arab sebelum kedatangan Islam dan disebut sebagai Khat Musnad atau Khat gaya bebas. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi, dan Khat Diwani. Alam Nusantara juga mendapat tempias daripada seni khat ini apabila tulisan Jawi menjadi tulisan utama masyarakat Nusantara sebelum kedatangan penjajah. Kitab-kitab pengajian di pondok-pondok ditulis dalam tulisan Arab dan Jawi serta menjadi tulisan utama masyarakat, sehinggalah tulisan rumi mengambil tempatnya sebagai tulisan utama. Justeru, artikel ini menganalisis aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan seni khat, pembahagianya dan juga pengaruhnya terhadap tulisan Jawi di Nusantara.