Program praktikum sebagai medium pengukuhan kemahiran insaniah dalam kalangan guru pelatih
Kemahiran insaniah merupakan komponen yang memberi impak yang signifikan kepada pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kemahiran insaniah menerusi program praktikum dalam kalangan guru pelatih sebuah universiti awam di Malaysia. Komponen kemahiran insaniah yang dikaji ad...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13639/ http://journalarticle.ukm.my/13639/ http://journalarticle.ukm.my/13639/1/25075-89727-1-PB.pdf |
Summary: | Kemahiran insaniah merupakan komponen yang memberi impak yang signifikan kepada pembangunan profesional guru.
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kemahiran insaniah menerusi program praktikum dalam kalangan guru pelatih
sebuah universiti awam di Malaysia. Komponen kemahiran insaniah yang dikaji adalah kemahiran berkomunikasi,
kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis, kemahiran kerja berpasukan serta kemahiran teknologi maklumat.
Kajian ini melibatkan 111 orang guru pelatih dari Fakulti Pendidikan sebuah universiti awam yang meliputi empat
program berbeza sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen
soal selidik yang terdiri daripada 50 item dan berskala Likert lima mata bagi mendapatkan maklumat. Hasil analisis
menunjukkan tahap penguasaan keempat-empat komponen kemahiran insaniah berada pada tahap yang tinggi dimana
kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi responden berada pada tahap
yang tinggi. Walau bagaimanapun, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran berkomunikasi
berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan guru pelatih memerlukan lebih penerapan untuk menguasai
komponen kemahiran ini. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa program latihan praktikum memberi kesan positif
kepada pembangunan profesional dan kemahiran insaniah guru pelatih sebagai seorang pendidik. |
---|