Kesan penambahan kepingan nanozarah grafin terhadap sifat mekanik dan terma hibrid komposit serabut Sansevieria-getah asli-polietilena berketumpatan tinggi
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penghibridan kepingan nanozarah grafin (GNP) ke atas sifat mekanik, morfologi dan terma komposit Sansevieria trifasciata-getah asli-polietilena ketumpatan tinggi (STF-NR-HDPE). Pemprosesan penghibridan komposit STF-NR-HDPE dan GNP dilakukan dengan menggunaka...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13634/ http://journalarticle.ukm.my/13634/ http://journalarticle.ukm.my/13634/1/21%20Nurzam%20Ezdiani%20Zakaria.pdf |
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penghibridan kepingan nanozarah grafin (GNP) ke atas sifat mekanik, morfologi dan terma komposit Sansevieria trifasciata-getah asli-polietilena ketumpatan tinggi (STF-NR-HDPE). Pemprosesan penghibridan komposit STF-NR-HDPE dan GNP dilakukan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman. Tahap pengisian sebanyak 20% bt. STF ke atas matriks (NR/HDPE) telah dilakukan dalam kajian ini dengan variasi GNP yang digunakan adalah antara 1-10% bt. Adunan komposit yang terhasil ditekan dengan mesin penekan panas untuk mendapatkan sampel ujian berketebalan 1 mm dan 3 mm. Sampel dinilai melalui ujian tegangan, ujian hentaman Izod, pembelauan sinar-X (XRD) dan kalorimetri pengimbasan berbeza (DSC). Kajian morfologi pula dijalankan dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbas pelepasan medan (FESEM). Keputusan menunjukkan bahawa nilai kekuatan regangan dan kekuatan hentaman komposit menunjukkan sedikit penurunan bacaan pada permulaan penambahan amaun GNP tetapi bacaan kebanyakan komposisi kemudiannya menunjukkan peningkatan selepas 5% bt. tahap pengisian dan ke atas. Modulus tegangan pula secara umumnya menunjukkan peningkatan bacaan dengan penambahan pengisi. Analisis terma dengan menggunakan alat DSC tidak menunjukkan perubahan aliran graf yang ketara terhadap kelakuan terma bahan. Ini kerana STF adalah bahan yang mempunyai kestabilan terma yang baik. |
---|