Pemerkasaan watak wanita dalam filem berunsurkan Islam: kajian kes “Ketika Cinta Bertasbih"
Kajian ini memfokus kepada isu representasi wanita dalam filem berunsurkan Islam. Isu penindasan watak wanita oleh ideologi patriarki dalam filem sering diperdebatkan oleh para sarjana dalam pelbagai genre filem. Justeru, kajian ini melihat representasi watak wanita dalam genre filem berunsurkan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13586/ http://journalarticle.ukm.my/13586/ http://journalarticle.ukm.my/13586/1/23218-69267-1-PB.pdf |
Summary: | Kajian ini memfokus kepada isu representasi wanita dalam filem berunsurkan Islam. Isu
penindasan watak wanita oleh ideologi patriarki dalam filem sering diperdebatkan oleh para
sarjana dalam pelbagai genre filem. Justeru, kajian ini melihat representasi watak wanita
dalam genre filem berunsurkan Islam bagi mengetahui representasi watak wanita dalam filem
berunsurkan Islam. Bagi mendapatkan data kajian, sebuah filem dari Indonesia arahan
Hanung Bramantyo iaitu Ketika Cinta Bertasbih (2009) telah dipilih secara kaedah
persampelan bertujuan dan dianalisis melalui pendekatan analisis tekstual secara mendalam.
Analisis watak wanita yang terpilih dilakukan dengan menggunakan kerangka kritikan
feminisme berserta teori Ilmu Sosial Profetik melalui teknik sinematik seperti syot kamera,
pergerakan kamera dan dialog. Teori Ilmu Sosial Profetik ini diasaskan melalui kitab Al
Quran, ayat 110 dalam surah Ali ‘Imran dan ia memiliki dua konsep perlakuan iaitu
Humanisasi dan Liberasi serta satu konsep matlamat iaitu Transendensi. Penulis ingin
bahaskan di sini bahawa dalam Ketika Cinta Bertasbih, terdapat watak-watak wanita yang
melalui proses pemerkasaan selepas berlakunya penindasan terhadap mereka dan proses
pemerkasaan watak wanita ini pula boleh difahami dalam dua bentuk iaitu pemerkasaan
berkonsepkan Islam dan juga proses pemerkasaan feminisme. Dapatan ini mampu memberi
nilai tambah terhadap kefahaman mengenai genre berunsurkan Islam, iaitu melalui
pemaparan watak wanita. Analisis gabungan teori ini juga memberikan dimensi baharu
dalam kaedah menganalisis filem berunsurkan Islam. |
---|