Pembelajaran ilmu hadith di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia
Pembelajaran ilmu hadith adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan setiap umat Islam. Hal ini kerana hadith adalah sumber kedua terpenting dalam kehidupan umat Islam selepas al-Quran. Namun begitu, masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada masa kini hanya menekankan pendidikan al-Quran kepa...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13559/ http://journalarticle.ukm.my/13559/ http://journalarticle.ukm.my/13559/1/32-47-1-SM.pdf |
Summary: | Pembelajaran ilmu hadith adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan setiap umat Islam. Hal ini kerana hadith adalah sumber kedua terpenting dalam kehidupan umat Islam selepas al-Quran. Namun begitu, masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada masa kini hanya menekankan pendidikan al-Quran kepada anak-anak tanpa menjelaskan peranan hadith Rasulullah SAW yang menjadi penjelas kepada makna al-Quran tersebut. Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah di antara langkah bijak kerajaan dalam menyampaikan ilmu khususnya ilmu Islam kepada masyarakat. Salah satu bidang yang akan dipelajari oleh pelajar SMKA ialah pengajian ilmu hadith. Meskipun begitu, terdapat kekangan dan kekurangan yang dihadapi dalam proses menyampaikan ilmu kepada murid khususnya ilmu hadith. Artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan meneliti buku-buku teks dan sukatan pelajaran bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran ilmu hadith di peringkat SMKA. Artikel ini bertujuan meninjau pembelajaran ilmu hadith yang disampaikan di peringkat sekolah dan permasalahan yang timbul sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek ini. Artikel ini mendapati bahawa permasalahan yang timbul dalam pengajian ilmu hadith di peringkat sekolah ialah peruntukan masa belajar yang terhad, kelemahan sistem pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks dan kekurangan buku teks yang khusus untuk pengajian hadith di peringkat sekolah. Selain itu, para guru juga tidak mendapat bahan bantu mengajar (BBM) yang mencukupi dari pihak pentadbir sekolah. Faktor-faktor tersebut menjadi permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru dalam menyampaikan pembelajaran ilmu hadith di peringkat sekolah. |
---|