Pengaruh motivasi dalam pembelajaran bahasa Jepun murid sekolah menengah kebangsaan

Kajian berkaitan dengan kelangsungan proses pembelajaran bahasa bukan natif masih kurang dilaksanakan sehingga hari ini. Isu ini dapat ditemukan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang merupakan sumber primer dalam pembelajaran bahasa asing di Malaysia. Kajian ini dijalankan terha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Sahayu Hamzah, Zaid Mohd Zin, Mohd Abdul Ghafar Mohd Ghazali
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13516/
http://journalarticle.ukm.my/13516/
http://journalarticle.ukm.my/13516/1/jatma-2019-0703-05.pdf
Description
Summary:Kajian berkaitan dengan kelangsungan proses pembelajaran bahasa bukan natif masih kurang dilaksanakan sehingga hari ini. Isu ini dapat ditemukan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang merupakan sumber primer dalam pembelajaran bahasa asing di Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap murid sekolah menengah harian untuk mengenal pasti jenis-jenis motivasi yang hadir dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran bahasa Jepun. Kajian memfokuskan perkaitan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang diamalkan oleh murid di dalam dan di luar bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 27 orang murid tingkatan 2 Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Aziz Shah (SSAS), Shah Alam. Sekolah ini dipilih kerana ia merupakan sekolah menengah harian biasa yang menawarkan kursus Bahasa Jepun. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan faktor motivasi yang paling dominan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari bahasa Jepun. Analisa kajian yang berasaskan data deskriptif hanya memfokuskan kepada bilangan dan peratusan sahaja. Dapatan kajian menjelaskan bahawa akses dalam talian dan penggunaan media massa membantu murid dalam pembelajaran bahasa bukan natif. Faktor ini merupakan faktor motivasi intrinsik manakala faktor ekstrinsik pula memperlihatkan tahap kebergantungan tinggi terhadap rakan berbanding guru adalah yang paling dominan. Kesimpulannya, kajian ini mendapati peratusan keseluruhan motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding keputusan yang lain.