Alat kapak genggam Asia Tenggara: isu dan perdebatan

Kapak genggam merupakan salah satu alat yang dikaitkan dengan kebudayaan Acheulean. Kebudayaan ini dikatakan berkembang daripada kebudayaan litik yang dikenali sebagai kebudayaan Oldowan yang dicirikan oleh alat tetak-menetak (chopper-chopping tools). Walau bagaimanapun, kebanyakan pengkaji lalu ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noridayu Bakry, Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13476/
http://journalarticle.ukm.my/13476/
http://journalarticle.ukm.my/13476/1/163-268-1-PB.pdf
Description
Summary:Kapak genggam merupakan salah satu alat yang dikaitkan dengan kebudayaan Acheulean. Kebudayaan ini dikatakan berkembang daripada kebudayaan litik yang dikenali sebagai kebudayaan Oldowan yang dicirikan oleh alat tetak-menetak (chopper-chopping tools). Walau bagaimanapun, kebanyakan pengkaji lalu berpendapat bahawa kebudayaan Acheulean ini dikatakan hanya wujud di sesetengah kawasan sahaja iaitu di Afrika, Eropah, Barat Daya Asia dan sebahagian kawasan Asia. Manakala, di bahagian Asia Tenggara, dan Asia Timur pula didakwa mempunyai perkembangan teknologi litik yang dikatakan berbeza berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Ia dikatakan berbeza disebabkan kawasan ini mempunyai perkembangan teknologi yang terencat iaitu tidak menghasilkan alat kapak genggam, dan hanya dicirikan oleh alat penetak dan repehan sahaja (sebelum ini dikenali sebagai alat tetak-menetak). Oleh hal sedemikian penemuan kapak genggam di Asia Tenggara sejak 1938 lagi telah menjadi isu dan perdebatan penting samada alat kapak genggam yang ditemui di rantau ini adalah sama atau tidak dengan kapak genggam di kawasan-kawasan lain dunia.