Kajian seramik dagangan di Sabah

Kajian seramik dagangan di Sabah ini boleh diperolehi melalui sumber bertulis dan sumber arkeologi. Sumber bertulis diperolehi daripada tulisan para pedagang dan rekod-rekod China, sementara sumber arkeologi pula adalah daripada kajian oleh beberapa pengkaji antaranya Harrisson dan Harrisson (1971),...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurulnatasha Azman, Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin, Peter Molijol
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13474/
http://journalarticle.ukm.my/13474/
http://journalarticle.ukm.my/13474/1/161-266-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian seramik dagangan di Sabah ini boleh diperolehi melalui sumber bertulis dan sumber arkeologi. Sumber bertulis diperolehi daripada tulisan para pedagang dan rekod-rekod China, sementara sumber arkeologi pula adalah daripada kajian oleh beberapa pengkaji antaranya Harrisson dan Harrisson (1971), Harrisson B. (1986), Harrisson B. (1995), Bazley dan Bilcher (2009) dan ramai lagi. Kajian mereka ini tertumpu kepada taburan seramik dagangan di tapak-tapak arkeologi di Sabah dan juga tapak kapal karam di Tanjung Simpang Mengayau di Kudat. Namun demikian, banyak data baru arkeologi yang diperolehi melalui jumpaan tapak-tapak arkeologi dan jumpaan seramik oleh Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah yang terletak di bahagian utara, barat, timur dan tengah Sabah. Tapak-tapak ini sangat berpotensi untuk dikaji bagi mendapatkan gambaran dan data baru berkaitan perdagangan seramik di Sabah dan seterusnya menyokong data sejarah yang sedia ada.