Pemikiran strategik dasar luar India: dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timur

Kebangkitan India sebagai kuasa ekonomi dan langkah strategik untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi telah membawa kepada perubahan dasar luar India daripada Look East Policy (Dasar Pandang Timur) kepada Act East Policy (Dasar Tindak Timur). Dasar baru inidilihat sebagai satu pendekatan yang diam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ravichandran Moorthy, Kavaramma Subramaniam
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13359/
http://journalarticle.ukm.my/13359/
http://journalarticle.ukm.my/13359/1/21781-62683-1-SM.pdf
Description
Summary:Kebangkitan India sebagai kuasa ekonomi dan langkah strategik untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi telah membawa kepada perubahan dasar luar India daripada Look East Policy (Dasar Pandang Timur) kepada Act East Policy (Dasar Tindak Timur). Dasar baru inidilihat sebagai satu pendekatan yang diambil oleh India untuk menghadapi perubahan senario global. Dasar Tindak Timurmemberi tumpuan kepadapembinaan strategi bagi pertumbuhan ekonomi, politik, keselamatan dan pertahanan India, melalui pelanjutan hubungan baik dengan negara -negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Mulai 2014, pimpinan Narendra Modi telah memperkenalkan Dasar Tindak Timuryang dilihat sebagai satu pendekatan India untuk mencapai kepentingan ekonomi dan geostrategik. Walaupun kedua-dua dasar ini menjurus kepada hubungan dengan negaranegara di bahagian timur India, di Asia Tenggara dan Asia Timur, namun kedua-dua dasar ini menampakkan beberapa perbezaan dan persamaan. Artikel ini, menjawab persoalan samada Dasar Tindak Timurini merupakan satu polisi baru India ataupun kesinambungan daripada polisi sedia ada iaitu Dasar Pandang Timur. Ataupun, polisi baru ini hanya merupakan retorik politik semata-mata.