Morfologi debunga lima genus terpilih Sapindaceae di Semenanjung Malaysia

Kajian morfologi debunga untuk enam spesies dan lima genus dalam empat tribus di dalam famili Sapindaceae telah dijalankan menerusi pemerhatian mikroskop elekron imbasan. Sebanyak tujuh ciri morfologi debunga telah dikenal pasti boleh digunakan untuk membezakan spesies kajian iaitu jenis debunga,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Norfaizal Ghazalli, Noraini Talip, A. Latiff, Mohd. Shukri Mat Ali, Ahmad Zaki Zaini, Nurshahidah Mohd Rusli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13307/
http://journalarticle.ukm.my/13307/
http://journalarticle.ukm.my/13307/1/01%20Mohd.%20Norfaizal%20Ghazalli.pdf
Description
Summary:Kajian morfologi debunga untuk enam spesies dan lima genus dalam empat tribus di dalam famili Sapindaceae telah dijalankan menerusi pemerhatian mikroskop elekron imbasan. Sebanyak tujuh ciri morfologi debunga telah dikenal pasti boleh digunakan untuk membezakan spesies kajian iaitu jenis debunga, saiz debunga, bentuk debunga, ciri ambitus, variasi nisbah C/P, variasi indeks kawasan kutub d/D dan ciri hiasan eksin. Dua kelas debunga yang direkodkan hadir ialah trikolporat dan triporat dengan dua bentuk debunga juga telah dikenal pasti hadir pada spesies yang dikaji iaitu bentuk segitiga dan prolat. Kajian ini menunjukkan terdapat dua ciri diagnosis dicerap iaitu jenis debunga triporat pada Guioa pleuropteris dan julat d/D butir debunga (Lepisanthes tetraphylla) yang kecil iaitu kurang daripada 0.25 boleh digunakan untuk membezakan spesies-spesies Sapindaceae kajian secara langsung.