Pengubahan wang haram di Malaysia: analisis kes mahkamah
Pengubahan wang haram merupakan satu jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia. Ini berlaku disebabkan oleh peningkatan dalam aktiviti jenayah pada masa ini. Banyak negara di dunia telah membentuk satu rejim undang-undang berhubung pengubahan wang haram bagi menyekat dan membendung jenayah ini...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13302/ http://journalarticle.ukm.my/13302/ http://journalarticle.ukm.my/13302/1/15866-80930-1-PB.pdf |
Summary: | Pengubahan wang haram merupakan satu jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia. Ini berlaku disebabkan oleh
peningkatan dalam aktiviti jenayah pada masa ini. Banyak negara di dunia telah membentuk satu rejim undang-undang
berhubung pengubahan wang haram bagi menyekat dan membendung jenayah ini. Matlamat asal usaha untuk menyekataktiviti wang haram adalah untuk menutup peluang penjenayah untuk menggunakan hasil jenayah mereka, terutamanya
untuk membiaya jenayah terancang yang lain. Walau bagaimanapun, buat masa ini terdapat persoalan sama adamatlamat asal akta ini akan tercapai ataupun tidak. Kajian ini bertujuan menganalisa kes-kes yang telah didakwa di
bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan melihat bagaimana penyelesaian kes-kes ini di mahkamah Malaysia. Menggunakan
kaedah analisis kandungan, kajian ini telah meneliti keputusan mahkamah bagi 15 kes di bawah AMLATFPUAA dan
mendapati terdapat beberapa jenayah predikat yang telah dikenalpasti. Dari aspek hukuman, mahkamah didapati lebih
cenderung memberi hukuman penjara dan denda yang mana denda yang dikenakan bagi hampir keseluruhan kes adalahbersamaan jumlah wang haram yang terlibat dalam kes tersebut. |
---|