Hubungan antara harga diri, niat menambah hutang dan gelagat perbelanjaan hutang dalam kalangan individu berpendapatan rendah
Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang yang berpendapatan rendah adalah mereka percaya bahawa berhutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini jelas apabila ramai orang beralih kepada hutang apabila mereka dibebani dengan masalah kewangan. Terdapat banyak faktor yang mempe...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13262/ http://journalarticle.ukm.my/13262/ http://journalarticle.ukm.my/13262/1/25430-89256-1-PB.pdf |
Summary: | Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang yang berpendapatan rendah adalah mereka
percaya bahawa berhutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini jelas
apabila ramai orang beralih kepada hutang apabila mereka dibebani dengan masalah
kewangan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seseorang untuk terus berada dalam
hutang. Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi niat seseorang untuk
menambah hutang dan gelagat perbelanjaan hutang dalam kalangan orang berpendapatan
rendah yang terlibat dalam sektor perladangan di Sabah, Malaysia. Perbincangan turut
tertumpu kepada hubungan antara harga diri, niat untuk menambah hutang dan gelagat
perbelanjaan tahsiniyyat. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan
pensampelan bertujuan. Seramai 378 individu dalam kalangan berpendapatan rendah di Felda
Lahad Datu, Sabah terlibat dalam kajian ini. Teknik analisis lanjutan PLS-SEM digunakan
untuk statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara harga diri dengan niat untuk menambah hutang dan gelagat perbelanjaan
tahsiniyyat dengan pinjaman. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberi kesedaran
dan mendidik mereka mengenai bajet dan menyimpan. Membelanjakan lebih banyak wang
pada keperluan bukan asas menyebabkan seseorang akan terjerumus dalam hutang. Implikasi
kajian ini dapat meramal gelagat berhutang kumpulan berpendapatan rendah, di samping
memberi kesedaran kepada banyak pihak tentang perlunya merangka plan pembangunan
modal insan untuk kumpulan ini. Hal ini dapat memantapkan harga diri mereka selari dengan
keperluan kerohanian agar individu tidak menilai diri mereka berdasarkan kepada aspek
luaran dan pemilikan kebendaan. |
---|