Keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR)
Keselamatan dan kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian agar proses hidup masyarakat lebih terjamin dan berkualiti terutama di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Penafian kepentingan aspek ini akan memberi kesan buruk kepada masyarakat termasuk golongan remaja yang masi...
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13257/ http://journalarticle.ukm.my/13257/ http://journalarticle.ukm.my/13257/1/27154-89076-1-PB.pdf |
Summary: | Keselamatan dan kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian agar proses
hidup masyarakat lebih terjamin dan berkualiti terutama di kawasan Program Perumahan
Rakyat (PPR). Penafian kepentingan aspek ini akan memberi kesan buruk kepada masyarakat
termasuk golongan remaja yang masih dalam proses awal perkembangan hidup. Masalah
seperti gejala ponteng sekolah, kecurian, isu lepak, jenayah pelbagai, mengambil bahan
terlarang dan gangguan kemudahan awam boleh berlaku sekiranya aspek keselamatan dan
persekitaran tidak diberi perhatian sewajarnya. Melihat kepentingan isu tersebut, kajian
dijalankan untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi keselamatan persekitaran
dalam kalangan remaja di PPR. Kajian melibatkan komuniti remaja yang menetap di kawasan
PPR di sekitar Lembah Klang. Sejumlah 244 orang remaja yang berumur dalam lingkungan
11 hingga 24 tahun terlibat dalam kajian ini. Penganalisaan data dilakukan menggunakan
ujian deskriptif dan analisis regresi pelbagai secara stepwise. Kajian mendapati lima faktor
yang mempengaruhi keselamatan persekitaran dalam kalangan remaja di PPR iaitu kesihatan
diri, hubungan kejiranan, penggunaan media sosial, hubungan keluarga dan semangat
cintakan Malaysia. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa faktor kesihatan diri
merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi keselamatan persekitaran perumahan dalam
kalangan remaja yang menetap di PPR. Kombinasi kelima-lima faktor tersebut telah
menyumbang sebanyak 39.6% varians terhadap keselamatan persekitaran perumahan dalam
kalangan remaja yang tinggal di PPR. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak
yang berkepentingan dalam usaha menyediakan pelan strategik yang komprehensif untuk
menambahbaik program keselamatan dan kesihatan dalam kalangan remaja di Malaysia. |
---|