Prinsip syariah berkaitan prosedur siasatan dan pendakwaan: khazanah ilmu yang memangkin perkembangan perundangan dalam masyarakat

Islam adalah merupakan satu sistem kehidupan yang komprehensif serta berkeupayaan membimbing kehidupan manusia. Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Kehidupan manusia diatur dan dikawalselia oleh undang-undang syariah yang wujud dalam bentuk prinsip-prins...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Azam Mohd Shariff, Mazupi Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13230/
http://journalarticle.ukm.my/13230/
http://journalarticle.ukm.my/13230/1/27437-87841-1-PB.pdf
Description
Summary:Islam adalah merupakan satu sistem kehidupan yang komprehensif serta berkeupayaan membimbing kehidupan manusia. Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Kehidupan manusia diatur dan dikawalselia oleh undang-undang syariah yang wujud dalam bentuk prinsip-prinsip syariah yang wajib dipatuhi. Prinsip syariah tersebut mencakupi pelbagai aspek perundangan yang mengawalselia kehidupan seharian masyarakat. Ini termasuklah aspek prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah. Di Malaysia, prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah adalah bersumberkan al Qurān dan al Sunnah serta diijtihadkan oleh para ulama’ terdahulu. Malah, prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah di negara ini turut mencakupi kesemua enakmen-enakmen syariah yang digubal serta diluluskan oleh badan penggubal undang-undang antaranya enakmen prosedur jenayah syariah dan enakmen keterangan mahkamah syariah. Artikel ini akan menyorot kembali sumber-sumber serta penulisan-penulisan dalam aspek prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah. Kesemua sumber dan penulisan ini adalah amat berharga kerana ternyata menjadi rujukan serta pemangkin ke arah memperincikan lagi prinsip dan perundangan dalam bidang berkenaan di masa akan datang. Artikel ini berdiri di atas penyelidikan yang menggunapakai kerangka kajian kualitatif yang bercirikan doktrinal. Kesemua maklumat dikumpul melalui kajian perpustakaan yang dianalisis melalui metod-metod analisis kandungan dan analisis kritis. Kemudiannya hasil kajian tersebut kemudiannya dicernakan dalam artikel ini. Akhir sekali, artikel ini mengutarakan peranan penting yang dimainkan oleh sumber serta penulisan yang berupaya memangkin segala perincian yang dilaksanakan berkaitan prinsip dan prosedur siasatan dan pendakwaan di masa akan datang. Ternyata sumber serta penulisan tersebut adalah merupakan suatu khazanah ilmu yang tidak ternilai untuk masyarakat.