Tahap konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial bagi pesalah muda di Malaysia

Stigma merupakan suatu proses yang terbentuk apabila beberapa elemen utama seperti stereotaip, pelabelan, kehilangan status diri, pemisahan dan diskriminasi bergabung dengan situasi yang tertekan serta memberi kesan negatif yang mendalam terhadap proses komunikasi yang wujud di antara pesalah muda d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tharshini Sivabalan, Fauziah Ibrahim, Mohd Suhaimi Mohamad, Ezarina Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13227/
http://journalarticle.ukm.my/13227/
http://journalarticle.ukm.my/13227/1/21402-87837-1-PB.pdf
Description
Summary:Stigma merupakan suatu proses yang terbentuk apabila beberapa elemen utama seperti stereotaip, pelabelan, kehilangan status diri, pemisahan dan diskriminasi bergabung dengan situasi yang tertekan serta memberi kesan negatif yang mendalam terhadap proses komunikasi yang wujud di antara pesalah muda dengan ahli komuniti. Justeru, konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial yang tinggi amat diperlukan oleh pesalah muda untuk mengadaptasikan diri dalam komuniti bagi mengelakkan masalah keterasingan sosial akibat daripada sejarah keterlibatan dengan aktiviti jenayah. Oleh yang demikian, artikel ini disediakan bagi membincangkan mengenai tahap konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial bagi pesalah muda di Malaysia. Sebuah kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang telah dijalankan ke atas 306 pesalah muda yang sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan IMB for SPSS versi 23.0. Keputusan kajian mendapati bahawa tahap konsep kendiri (72.9%), kesedaran komuniti (55.2%), sokongan sosial (77.5%) dan pengintegrasian sosial (67.3%) bagi pesalah muda berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan pihak yang berkepentingan untuk merangka dan menambahbaik modul dan program-program pemulihan ke arah meningkatkan tahap konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial bagi pesalah muda di Malaysia.