Medium komunikasi intrapersonal dalam dialog antara agama komuniti saudara baru

Komunikasi intrapersonal merupakan satu aktiviti yang berlaku secara spontan apabila manusia cuba menganalisa fenomena yang berlaku pada dirinya dan alam sekeliling. Konsep komunikasi intrapersonal bukan hanya terbatas dalam kehidupan sosial seseorang tetapi termasuk perihal yang berkait dalam hubun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azarudin Awang, Azman Che Mat, Wahairi Mahmud
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13223/
http://journalarticle.ukm.my/13223/
http://journalarticle.ukm.my/13223/1/18678-88674-1-PB.pdf
Description
Summary:Komunikasi intrapersonal merupakan satu aktiviti yang berlaku secara spontan apabila manusia cuba menganalisa fenomena yang berlaku pada dirinya dan alam sekeliling. Konsep komunikasi intrapersonal bukan hanya terbatas dalam kehidupan sosial seseorang tetapi termasuk perihal yang berkait dalam hubungan antara agama Muslim dan bukan Muslim. Jelasnya, fenomena penukaran agama merupakan satu implikasi yang tidak dapat dipisahkan daripada proses ini. Oleh itu proses komunikasi intrapersonal memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman perkara yang berhubung kait dengan agama Islam kepada komuniti saudara baru. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti peranan komunikasi intrapersonal yang berlaku dalam pengalaman saudara baru (ketika belum memeluk agama Islam) dalam memahami agama Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan sampel bertujuan (purposive sampling) dengan merujuk kepada satu kumpulan sebagaimana yang ditentukan kesesuaiannya oleh pengkaji. Oleh itu, data diperoleh menggunakan kaedah temu bual ke atas dua puluh orang Saudara Baru di negeri Terengganu. Hasil analisis deskriptif kajian ini menunjukkan komunikasi intrapersonal merupakan satu medium dialog antara agama dan budaya bagi komuniti bukan Muslim memahami dan menghargai agama Islam dengan lebih positif. Justeru, pengamalan nilai-nilai Islam yang baik dalam kehidupan masyarakat Muslim mampu menatijahkan gambaran yang sebenar kepada masyarakat bukan Muslim tentang agama tersebut. Hal ini menunjukkan komunikasi intrapersonal memainkan peranan penting dalam kehidupan beragama khususnya apabila melibatkan hubungan sosial antara dua agama yang berbeza.