Kerelevanan siaran radio terhadap remaja generasi Z di Malaysia

Radio merupakan media arus perdana yang penting dalam pembangunan negara bangsa. Pada era globalisasi, media baharu mula mendominasi landskap komunikasi negara. Timbul satu persoalan iaitu sejauh manakah kerelevenan siaran radio terhadap remaja Generasi Z di Malaysia? Sehubungan itu, kajian ini bert...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamiah Manap, Salasiah Hanin Hamjah, Fazilah Idris, Nurul Nabila Mohd Izani, Mohammad Rezal Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13195/
http://journalarticle.ukm.my/13195/
http://journalarticle.ukm.my/13195/1/26656-104716-1-PB.pdf
Description
Summary:Radio merupakan media arus perdana yang penting dalam pembangunan negara bangsa. Pada era globalisasi, media baharu mula mendominasi landskap komunikasi negara. Timbul satu persoalan iaitu sejauh manakah kerelevenan siaran radio terhadap remaja Generasi Z di Malaysia? Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti minat remaja Generasi Z terhadap siaran radio dan faktor yang mempengaruhi minat mereka terhadap rancangan siaran radio. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan 944 responden yang berusia antara 13 hingga 23 tahun. Kajian kualitatif pula melibatkan 30 orang mahasiswa yang berusia antara 20 hingga 23 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa kewujudan radio masih lagi relevan dalam kalangan remaja Generasi Z. Empat stesen radio iaitu Era FM, Hot FM, Hitz FM dan IKIM FM menjadi pilihan utama remaja Generasi Z di Malaysia. Selain itu, kajian mendapati faktor lagu, unsur jenaka, nilai ilmu, dan bentuk pengendalian rancangan radio mempengaruhi pemilihan sesebuah stesen radio. Dalam pada itu, faktor penolakan remaja Generasi Z terhadap rancangan dan program radio turut dibincangkan dalam artikel ini. Justeru, siaran radio masa kini perlu bersifat dinamik, informatif dan multi-fungsi agar berupaya menjadi medium komunikasi berwibawa yang relevan dengan remaja Generasi Z. Hal ini seiring dengan aspirasi negara untuk memperkasa remaja Generasi Z yang bakal menerajui kepimpinan negara pada dekad mendatang.