Ciri dan fungsi komunikatif bahasa Melayu Sabah dalam media sosial
Bahasa sebagai medium komunikasi utama dalam masyarakat, tidak terkecuali mengalami perubahan kesan daripada kepesatan teknologi komunikasi dan informasi masa kini. Dari sudut positif perkembangan bahasa, media sosial contohnya, menjadi platform penting yang dapat meningkatkan penggunaan sesebuah ba...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13145/ http://journalarticle.ukm.my/13145/ http://journalarticle.ukm.my/13145/1/20525-91758-1-PB.pdf |
Summary: | Bahasa sebagai medium komunikasi utama dalam masyarakat, tidak terkecuali mengalami perubahan kesan daripada kepesatan teknologi komunikasi dan informasi masa kini. Dari sudut positif perkembangan bahasa, media sosial contohnya, menjadi platform penting yang dapat meningkatkan penggunaan sesebuah bahasa. Bahasa Melayu di Malaysia Timur, iaitu Bahasa Melayu Sabah (BMS) dilihat turut mengalami arus perkembangan ini. BMS yang sebelumnya digunakan meluas dalam konteks komunikasi lisan masyarakat pelbagai kaum di Sabah, kini giat digunakan dalam bentuk tulisan dalam pelbagai aplikasi media sosial. Sebagai varian bahasa Melayu, timbul persoalan tentang apakah ciri-ciri BMS yang digunakan dalam media sosial? Apakah pula peranan BMS sebagai medium komunikasi dalam media sosial? Justeru, makalah ini membincangkan penggunaan BMS dalam media sosial, dengan memfokuskan analisis terhadap ciri dan fungsi komunikatif BMS dalam aktiviti komunikasi dalam media sosial Facebook. Analisis deskriptif dilakukan ke atas data BMS yang terdapat dalam halaman Facebook Ni Kali Lah. Data BMS dikutip daripada ruangan kemas kini status dan ruangan komen pengguna, yang disiarkan antara Mei hingga Julai 2017. Hasil analisis menunjukkan bahawa BMS dalam ruangan komen pengguna Facebook Ni Kali Lah memperlihatkan ciri-ciri khas dari aspek ejaan, struktur ayat dan juga kosa kata, yang dipengaruhi oleh unsur bahasa Dusun dan bahasa serantau. Dapatan analisis juga menunjukkan bahawa selain berfungsi sebagai medium interaksi, BMS dalam halaman Facebook Ni Kali Lah turut menjalankan fungsi komunikatif instrumental, informatif, peribadi, regulatori, heuristik dan fungsi imaginatif. Kesemua fungsi tersebut memperlihatkan peranan penting BMS sebagai medium komunikasi pengguna dalam Facebook Ni Kali Lah. |
---|